Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all 203 articles
Browse latest View live

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

$
0
0
Kerja kursus Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan salah satu komponen diperlukan  untuk cemerlang di dalam PT3.

Berikut adalah soalan ataupun tajuk kerja kursus Sejarah PT3 tahun 2016

 Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda, Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Berikut adalah butir-butir yang perlu anda tahu mengenai kerja kursus sejarah PT3 2016;

Tajuk: Bangunan bersejarah di tempat tinggal anda
Tempoh perlaksanaan : 19 Jun 2016 - 1 Julai 2016
KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2016

Komponen dalam Kerja Kursus Sejarah Pt3 2016

Berikut adalah komponen yang perlu ada dalam kerja kursus sejarah PT3 2016.

  • Tajuk Kajian
  • Nama Penulis
  • Isi Kandungan
  1. Latar belakang bangunan/ binaan
  2. Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  3. Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  5. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
  • Penghargaan
  • Objektif kajian
  • Kaedah kajian
  • Hasil Kajian 
  • Rumusan
  • Lampiran
  • Sumber rujukan
 Selamat menjawab soalan kerja kursus sejarah PT3 2016. Semoga anda dapat menjawab soalan kerja kursus dengan jayanya. Anda boleh cari jawapan penuh serta tips-tips lain menjawab kerja kursus sejarah PT3 2016 di blog ini.


Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia

$
0
0
Berikut merupakan jawapan bagi Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 bagi subtopik langkah memelihara bangunan/binaan sejarah di Malaysia. Oleh kerana berkemungkinan ramai orang yang akan melihat poin sama di dalam blog ini, anda dinasihatkan supaya mengubah struktur ayat supaya tidak timbul unsur plagiat.
cara memelihara bangunan sejarah

Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia

Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita.Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bagi sesebuah negara, bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat yangmendukung negara tersebut. 

Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Sememangnya, pengekalan bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak tertubuhnyaKesultanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi. 

Kini, banyak bangunan bersejarah telahdilupuskan untuk membina bangunan baharu. Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita. Bangunan bersejarah bukti kukuh sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku di negara kita. Oleh itu, bangunan bersejarah perlu dikekalkan dandipulihara.

 Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan jugadapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya,apakah cara dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini?Pertama, bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya KotaCornwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Sultan Abdul Samad
dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing.

 Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah.Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah Kedah. 

Pada masa yang sama, seni binaBangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi bangunan pentadbiran.Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. 

Dengan ini, pihak  berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. 

Badankebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golonganyang kurang bernasib baik mendapat pembelaan.

Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan kalau bangunantersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan bersejarahmerupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. 

Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar gantidengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah

=================

Semoga artikel mengenai langkah memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia ini dapat membantu menyiapkan kerja kursus Sejarah PT3 2016 anda.

Lihat artikel lain mengenai kerja kursus Sejarah PT3 2016.


Cara & Contoh Menulis Sumber Rujukan Sejarah PT3 2016

$
0
0
Setelah menyaipakn esei, adalah menjadi satu kemesetian untuk anda menulis sumber rujukan anda. Ini kerana, ianya untuk menunjukkan bahawa maklumat anda adalah valid untuk digunakan.

[Baca: CONTOH ESEI LENGKAP SEJARAH]

Berikut merupakana beberapa cara untuk anda menulis rujukan di akhir kerja kursus esei anda.


rujukan


CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN

Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore
Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti
Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara”
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”,
dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk membuat sumber rujukan yang betul untuk kerja kursus sejarah PT3 2016.

Jawapan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

$
0
0
Tajuk kerja kursus sejarah PT3 tahun 2016 adalah berkenaan bangunan ataupun binaan bersejarah. Pelaksanaan tugasan ini bermula pada 19 Jun 2016 sehingga 1 Julai 2016. Di sini, kami cuba sedaya upaya menyediakan jawapan lengkap kepada anda. Bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak menir secara bulat-bulat.
jawapan lengkap kerja kursus sejarah pt3 2016

Jawapan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

  • Tajuk Kajian : Bangunan Bersejarah di Tempat saya ( anda boleh mengubah mengikut tajuk anda sendiri)
  • Nama Penulis : Ahmad Bin Abu (Letakkan nama anda)

1.0 Penghargaan


Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi kewangan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru sejarah saya Puan...  yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya. Seterusnya kepada rakan-rakan yang sentiasa menghulurkan bantuan dan bekerjasama menyiapkan kerja kursus ini..... (* karang mengikut penulisan anda)

2.0 Isi Kandungan


Bil.
PERKARA
MUKASURAT
1
PENGHARGAAN

2
ISI KANDUNGAN

3
OBJEKTIF KAJIAN

4
KAEDAH KAJIAN

5
HASIL KAJIAN
5.1. PEGENALAN
5.2. STRUKTUR BANGUNAN/BINAAN
5.3. SEBAB BANGUNAN DIBINA
5.4. FUNGSI DAN KEADAAN BANGUNAN MASA KINI
5.5. LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN

6
RUMUSAN

7
LAMPIRAN

8
RUJUKAN


3.0. Objektif Kajian

  1. Untuk mengetahui nama bangunan bersejarah di tempat saya.
  2. Untuk mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah di tempat saya.
  3. Untuk memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu dan masa kini.
  4. Untuk mengetahui usaha pihak masa kini untuk mengekalkan dan memelihara bangunan bersejarah.
  5. Untuk menyedari peranan individu dalam memelihar dan memulihara bangunan bersejarah.
  6. Belajar cara dan method mencari maklumat sejarah.

4.0.Kaedah Kajian

Di dalam kajian kerja kursus sejarah ini, sebanyak 5 kaedah kajian saya telah gunakan untuk mendapatkan maklumat dan informasi, antaranya ialah;

  1. Kaedah temuramah dari penduduk tempatan
  2. Kaedah carian sumber internet
  3. Kaedah kajian dan analisis artikel dari majalah dan akhbar tempatan
  4. Kaedah rujukan dari pusat sumber
  5. Kaedah bimbingan dari guru-guru.
* Huraikan setiap kaedah kajian yang telah anda gunakan*

5.0.Hasil Kajian

*Pecahkan esei anda kepada 4 subtopik yang telah dinyatakan di atas.

* Pilih satu bangunan bersejarah yang berada di tempat anda, dan huraikan mengikut rekabentuk binaan, pelan binaan, bahan binaan , dan cara binaan.

5.1.Struktur Binaan

Lihat di sini contoh binaan --> Link 

5.2. Sebab Bangunan Dibina

* Nyatakan sebab bangunan dibina dan ceritakan secara teperinci *

Lihat sini --> sumber

5.3. Fungsi bangunan / binaan bersejarah masa kini

Huraikan fungsi bangunan tersebut pada masa kini

5.4. Langkah Memelihara dan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita.Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bagi sesebuah negara, bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat yangmendukung negara tersebut. 

Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Sememangnya, pengekalan bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak tertubuhnyaKesultanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi. 

Kini, banyak bangunan bersejarah telahdilupuskan untuk membina bangunan baharu. Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita. Bangunan bersejarah bukti kukuh sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku di negara kita. Oleh itu, bangunan bersejarah perlu dikekalkan dandipulihara.

 Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan jugadapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya,apakah cara dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini?Pertama, bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya KotaCornwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Sultan Abdul Samad
dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing.

 Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah.Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah Kedah. 

Pada masa yang sama, seni binaBangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi bangunan pentadbiran.Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. 

Dengan ini, pihak  berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. 

Badankebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golonganyang kurang bernasib baik mendapat pembelaan.

Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan kalau bangunantersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan bersejarahmerupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. 

Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar gantidengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah

6.0.Rumusan

Kesimpulannya, bangunan ataupun binaan sejarah amat penting bukan sahaja untuk generasi masa kini, bahkan generasi hadapan. Hal ini kerana, bangunan bersejarah menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Melihat binaan yang tersergam ini, boleh membantu untuk mengingatkan kita akan sejarah dan cerita di sebalik bangunan tersebut. Seringkali kita mendengar "sesiap yang melupai sejarah, akan mengulanginya kembali" .

 Daripada pepatah ini, kita boleh simpulkan bahawa salah satu cara untuk terus mengingati sejarah adalah dengan melihat sendiri di depan mata tinggalan bangunan bersejarah ini. Kempen dan usaha memelihara bangunan bersejarah ini juga adalah menjadi tanggujawab setiap lapisan masyarakat. Kita bertanggungjawab untuk terus menjaganya.

7.0.Sumber Rujukan

Lihat sini cara menulis sumber rujukan kerja kursus sejarah PT3 2016 --> Sumber





Senarai Bangunan Bersejarah di Malaysia Sejarah PT3 2016

$
0
0
Kerja kursus Sejarah PT3 2016 tahun ini adalah berkisar mengenai bangunan bersejarah di Malaysia. Dimana para calon PT3 dikehendaki untuk menulis berkenaan bangunan ataupun binaan bersejarah di tempat masing-masing.

Di sini kami akan menghimpunkan beberapa bangunan bersejarah yang boleh anda masukkan ke dalam kerja kursus sejarah PT3 2016 anda.

Bangunan Bersejarah Melaka

Berikut adalah bangunan bersejarah yang terdapat di Melaka.

banguna bersejarah melaka
Nama bangunan : Bangunan Kota A' Famosa
  • Dibina oleh orang Portugis pada 1511
  • Kubu pertahanan dari serangan Belanda
  • Diketuai oleh Alfonso de Alburqueque
melaka bangunan stadhyus


Nama Bangunan: Bangunan Stadhyus
Lokasi: jalan Gereja , Melaka

  • Dibina pada 1650
  • Tujuan untuk penempatan rasmi gabenor Belanda
  • Pernah dijadikan tempat pelacuran
  • sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys

Bangunan  Bersejarah di Negeri Sembilan

Berikut adalah senarai banguna bersejarah yang terdapat di Negeri Sembilan.

seri menanti palace

Nama bangunan: istana Seri menanti
  • Bangunan terkenal di negeri Sembilan.
  • Disiapkan pada 1902-1908.
  • Dibina mengikut adat minangkabau
  • Istana ini amat istimewa kerana ianya disipkan tanpa mengunakan sebilah paku pun.
  • Istana ini kini menjadi muzium.

bangunan bersejarah rumah api tanjung tuan

Nama Bangunan/Binaan: Rumah Api Tanjung Tuan
Lokasi: Port Dickson , Negeri Sembilan

  • Dibina pada 1958
  • Bangunan bersjarah tertua di Malaysia
  • Berfungsi membantu kapal pedagang dan kelasi berlabuh
  • Dibina oleh dibina oleh Standford raffles
kota lukut bangunan bersejarah

Nama Bangunan: Kota Lukut
Lokasi: Lukut, Negeri Sembilan

  • Dibina pada tahun 1847
  • Berkuran 200 meter panjang dan 170 meter lebar.
  • Terletak di atas kaki bukit dinamakan bukit gajah mati
  • Dibina oleh Raja Jumat Ibni Raja Jaafar.
  • Kini terdapat satu muzium kecil dibina di kaki bangunan ini

Bangunan Bersejarah Di Johor

Berikut adalah banguna bersejarah yang terdapat di Johor Darul Takzim.

bangunan bersejarah di johor

Nama bangunan: Majid Sultan Abu Bakar
Lokasi: Johor Bahru

  • Dibuka pada tahun 1900
  • Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. 
  • Seni banguna ini dibina oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak
  • Sejak pembinaannya, ianya dijadikan tempat ibadat bagi umat islam.
bangunan bersejarah di Johor

Nama Bangunan: Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Lokasi: kota Tinggi, Johor

  • Mengikut hikayat:
  • Dang Anum , isteri Laksamana Megat Seri Rama  pergi berjumpa pekebun istana
  • Bagi mendapatkan nangka untuk Sultan Mahmud Shah
  • Dang Anum ketika itu mengandung dan mengidam.
  • Dang Anum meminta sulas naangka dari penghulu kebun
  • Penghulu kebun memberikan
  • Sultan mendapat tahu nangka yang dimakannya telah diusik terlebih dahulu oleh Dang Anum
  • Sultan Murka dan menghukum bunuh Dang Anum
  • Apbila Laksamana Megat Seri Rama pulang, dia mendapat tahu isterinya telah dibunuh.
  • Dia kemudian membalas dendam.
  • Dalam perkelahihan, dua dua sultan dan laksamana terbunuh.

Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur

bangunan sultan abdul samad

Nama Bangunan: Bangunan Sultan Ahmad Said
Lokasi: Kuala Lumpur

  • Dibina pada 1894
  • Tempat bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957
  • Nama asal bangunan ini adalah Pejabat Baru Kerajaan
  • Sebelum ini berfungsi sebagai pejabat pentadbiran negeri Selangor.
  •  Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897
Kelantan-  Istana jahar, Kubu Pantai Sabak, Muzium perang, Wat Phothivihan, Jambatan Guillemard
Labuan -  Kompleks bersejarah Chimney, Terowong Tg Kubor, Tugu peringatan perang dunia kedua.
Selangor- Bangunnan Abdul Samad, Bukit Malawati, Kota Raja Mahadi, Selangor Chinese Association Hall, Jambatan Kota, Penjara kajang, Muzium Petaling Jaya, Istana bandar.
Sabah - RUmah Agnes Keith, Masjid Jamek, Muzium Warisan, Tokong Sam sing Kung, Muzium Agop Tulug, Menara jam Atkinson
Sarawak - Kubu Marherita, Muzium Etnologi, Muzium Sarawak

Semoga artikel rigkas mengenai Bangunan bersejarah di Malaysia ini dapat membantu anda untuk menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Sila komen di bawah jika anda ingikan bangunan dari negeri lain untuk dimasukkan ke dalam senarai ini.

Lirik Lagu Ku Rela Dibenci - Aiman Tino

$
0
0
Berikut adalah lirik lagu terbaru lagu  beratjuk Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino.

kurela dibenci




Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku
Kesudahan tiada henti

Hanya yang tinggal
Igauan mimpimu ternanti-nanti
Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir

Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti


Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam

Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti

Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi

Hanya di sana kekal dan abadi
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam

Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi
Hanya di sana kekal dan abadi


Contoh Kaedah kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

$
0
0
Berikut adalah beberapa contoh kaedah kajian yang boleh anda masukkan di dalam kerja kursus sejarah PT3 2016. Anda perlulah menghuraikan setiap kaedah kajian yang telah anda gunakan dengan lebih terperinci.
contoh kaedah kajian bangunan bersejarah

Contoh kaedah Kajian Bangunan Bersejarah PT3 2016 Sejarah

1. Kaedah Temubual / Temuramah - " Melalui kaedah temubual, kami telah menemubual ............  dari .......... untuk mendapatkan maklumat mengenai....... . Temubual telah dilaksanakan pada ....... bertempat ...... "

2. Kaedah Pemerhatian dan lawatan - " Saya telah melawat ........... untuk mengetahui secara dekat bagaimana...... dan untuk melihat sendiri ..... "

3. Kaedah Penyelidikan perpustakaan - " Saya teleh mengunjungi perpustakaan bagi mencari maklumat dan dari sumber seperti buku ilmiah, kajian  terdahulu, akhbar dan majalah."

4. Kaedah muat turun internet - " Saya juga melayari laman sesawang bagi mencari meklumat yang berkaitan dengan ......

============

Semoga contoh kaedah kajian ini dapat membantu anda untuk menjawab kerja kursus tugasan Sejarah PT3 2016 anda.

Jenis Contoh Struktur Binaan Bangunan Bersejarah PT3 2016

$
0
0
Berikut adalah jenis-jenis struktur binaan yang boleh anda masukkan di dalam kerja kursus sejarah PT3 2016.

Jenis Struktur Binaan bangunan Bersejarah

Ianya dibahagikan mengikut bahagian dalam bangunan tersebut.

Tingkap - Tingkap berpangsi,Tingkap berengsel, Tingkap gelangsar, Tingkap majmuk,Tingkap gantung sis
jenis pintu

Pintu  - Pintu rata berongga, Pintu rata padu, Pintu panel, pintu kayu beroti, , Pintu Kaca Berbingkai , Aluminium

Dinding - Dinding galas beban,  Dinding panel, Dinding Monolit, Dinding tidak menanggung beban

Tangga - tangga larian lurus , tangga suku pusingan , tangga separuh pusingan, tangga geometri.

Bumbung -  Bumbung Curam, Bumbung Ganding ( bumbung curam yang mengandungi tulang), Bumbung Ganding Terikat, Bumbung Simpai, Bumbung Gulung-Gulung, 
Bumbung Pisang Sesikat, Bumbung Rata

Semoga nota ringkas mengenai jenis struktur bangunan ini dapat membantu anda menyiapkan kerja kursus sejarah PT3 2016.



Kerja Kursus Geografi PT3 2016 Sistem Pengangkutan Awam

$
0
0
Kerja kursus Geografi merupakan komponen wajib di dalam mataplejaran Geografi PT3 khusus untuk pelajar tingkatan 3. Kerja kursus Geografi perlulah disiapkan bagi mendapatkan markah yang baik di dalam PT3. Berikut kami sediakan tips, cara, panduan menjawab kerja kursus Geografi PT3 2016.

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Tajuk kerja kursus : “Kajian kes melibatkan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau di sekitar sekolah anda”
Tempoh pelaksanaan : 17 Julai 2016 - 29 Julai 2016 ( 2 minggu)

Panduan rasmi daripada pihak lembaga peperiksaan masih lagi belum dikeluarkan. kami akan mengemaskini maklumat di sini.
pengangkutan awam pt3 geografi 2016

Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia

Tajuk: Pengangkutan Awam . “Kajian kes melibatkan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau di sekitar sekolah anda”
Tarikh pelaksanaan : 17 Julai 2016 - 29 Julai 2016


geografi pt3 2016

Pengangkutan Awam Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

1. Tajuk:

Anda dikehendaki untuk menulis berkenaan pengangkutan awam di tempat atau kawasan sekolah anda.


2. Senarai isi Kandungan

Senaraikan setiap isi kandaungan kerja kursus anda dari muka 1 hingga muka surat akhir.

3. Penghargaan

Nyatakan penghargaan anda kepada pihak ataupun individu yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus anda. Anda boleh lihat contoh penghargaan kerja kursus sejarah .

4. Pendahuluan.

Buat pendahuluan mengenai kajian anda. Sebagai contoh,

" Kawasan kajian yang saya pilih untuk melaksanakan Kerja kursus geografi PT3 2016 adalah ........ Melalui kerja kursus ini saya dapat menambah pengetahuan mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan dan kelemahan sistem pengangkutan awam... ( sambung mengikut ayat anda)

5. Objektif Kajian

Nyatakan tujuan dan objektif kajian anda. Selalunya objektif kajian adalah berdasarkan perkara-perkara yang ingin dikaji. berikut adalah beberapa contoh objektif kajian.


  • Mengetahui konsep takrifan pengangkutan awam.
  • Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
  • Untuk mengetahui latar belakang pengangkutan awam.
  • Mengenalpasti masalah penngangkutan awam.
  • Menncadangkan penyelesaian masalah yang dihadapi pengangkutan awam.
6. Kawasan kajian

Huraikan dengan terperinci kawasan kajian yang telah anda pilih Sebagai contoh kawasan bandar , pekan, kampung anda.

7. Kaedah kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk kerja kursus Geografi adalah melalui pemerhatian, temubual, kaji selidik.
Lihat sini contoh borang kaji selidik Geografi : Contoh

8. Hasil Kajian

Berikut adalah hasil ataupun dapatan kajian yang perlu anda penuhi untuk menyempurnakan kerja kursus Geografi PT3 2016 ini.



  • Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
  • Jenis-jenis pengangkutan
  • Kepentingan pengangkutan di kawasan kajian
  • Masalah pengangkutan 
  • Bahan grafik untuk kajian seperi jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik di kawasan kajian boleh menghasilkan data yang kemudiannya ditukar dalam bentuk jadual dan graf
  • Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan.



  • 9. Rumusan Kajian

    Rumuskan hasil kajian anda dalam satu ayat/mukasurat. Sebagai contoh.
    Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di kawasan.....  digunakan untuk tujuan .....  Melalui pemerhatian .... 


    10. Rujukan

    Nyatakan semua rujukan anda. Lihat contoh rujukan di sini: Contoh rujukan







    Jadual dan Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2016

    $
    0
    0
    Jadual da keputusan perlawanan Piala Malaysia 2016. Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam perlawanan Piala Malaysia 2016. Pasukan yang dipilih adalah berdasarkan 11 pasukan terbaik dari Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Perdana.

    11 pasukan yang layak daripada liga Super adalah, FELDA United, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, PDRM, Sarawak, Perak, Kedah dan T-Team. Bagi Liga Perdana pula, 5 pasukan yang layak adalah Melaka United, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, JDT II dan Selangor PKNS.

    Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2016

    Berikut adalah jadual perlawanan Piala Malaysia.

    jadual piala Malaysia 2016

    Keutusan Perlawanan Piala Malaysia 2016

    Berikut pula adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia.



    Anda boleh refresh page ini untuk melihat keputusan secara Live Score perlawanan Piala Malaysia

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      $
      0
      0
      Perodua kini hadir dengan model terbaru kereta sedan iaitu Perodua Bezza ataupun juga dikenalai sebagai perodua Sedan. Pelancaran rasmi Perodua Bezza ini adalah pada 21 Julai 2016. Brosur Perodua Bezza telahpun berlegar-legar di media sosial. Bagaimanapun, harga belum diumumkan. Ramai yang mengatakan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. (RM35,000-RM50,000)

      Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Perodua Bezza hadir dengan 2 variasi enjin iaitu 1.0L dan 1.3L. Manakala ianya datang dengan 3 jenis variasi iaitu Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).

      Satu perkara baharu yang hadir pada model Perodua Bezza ini adalah teknologi Eco Idle (sistem mula henti) . Ianya sama seperti yang terdapat pada Mazda (i-stop).

      Saiz Perodua Bezza : 
      Panjang : 4150m
      Lebar: 1620m
      Tinggi: 1520m
      wheelbase: 2455


      Gambar Perodua Bezza

      Berikut adalah gambar rasmi Perodua Bezza.

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      Harga dan Spesifikasi Perodua Bezza 2016

      perodua bezza

      perodua bezza

      perodua bezza


      Jenis-jenis Pengangkutan Awam Geografi PT3 2016

      $
      0
      0
      Jenis-jenis Pengangkutan Awam Geografi PT3 2016.Ada beberapa jenis kenderaan yang boleh dikategorikan sebagai pengangkutan awam.Antaranya adalah bas, keretapi , feri, dan teksi.

      Pengangkutan awam selalunya memerlukan tiket untuk menaikinya. Pengangkutan awam juga boleh dibahagikan kepada jenis:
      pengangkutan awam tempat anda


      • Pengangkutan awam darat
      • Pengangkutan awam laut
      • Pengangkutan awam udara.
      Contoh pengangkuan awam di darat adalah bas, teksi, keretapi (erl,monorel, ktm,dll). Manakala contoh pengangkutan awam di laut pula adalah feri. Walaubagaimanapun, ianya berbeza mengikut tempat. Sebagi contoh di kawasan pedalaman , bot merupakan pengangkutan awam. Begitu juga dikawasan Kota Kinabalu, di mana para penduduknya mengunakan bot laju untuk menyebarang ke Pulau berhampiran. 

      Pengangkutan awam udara pula selalunya digunakan untuk pergi ke  tempat yang jauh. Contoh pengangkutan awam udara adaah kapal terbang.

      Diharap dengan artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk menyiapkankerja kursus Geografi PT3 2016 anda,

      Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 2017 Selangor Putrajaya

      $
      0
      0
      Sebelum ini, permohonan kemasukan murid tahun 1 sesi 2017 telahpun dibuka dan permohonan telah ditutup. Kini kepada merea yang telah membuat permohonan secara online bolehlah mula menyemak keputusan kemasukan murid tahun 1 Selangor Putrajaya sesi 2017 mengikut ketetapan berikut:


      • Selangor : 16 Julai 2016
      • Putrajaya: 15 Julai 2016

      Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya

      keputusan permohonan murid tahun 1 2017

      • masuk ke link ini
      • Daftar masuk
      • Pergi ke menu tahun 1
      • Semak Permohonan.

      Selamat maju jaya. Semoga anak anda berjaya di dalam permohonan kemasukan murid tahun 1 2017 ini.

      Masalah dan Cadangan Penambahbaikan Pengangukutan Geografi PT3 2016

      $
      0
      0
      Sistem pengangkutan terutamanya pengangkutan awam tidak lepas dari sebarang masalah pengangkutan. Apa yang menjadi beza adalah bagaimana langkah penambahbaikan dilakukan. Berikut kami senarai masalah dan penmbahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan sistem pengangkutan.
      masalah pengangkutan awam

      Masalah Pengangkutan di kawasan anda

      Berikut adalah beberapa masalah yang sering timbul dalam sistem pengangkutan terutamanya pengangkutan awam.

      • Sistem pembelian tiket tidak teratur.
      • Tambang yang mahal dan tidak dipantau.
      • Pemilik kenderaan sesuka hati meletakkan tambang tidak mengikut tarif yang ditetapkan.
      • Kemudahan pengangkutan awam tidak meluas, hanya meliputi kawasan bandar/pekan sahaja.
      • Kekurangan bilangan kenderaan awam tidak dapat memenuhi permintaan penduduk tempatan yang ramai bilangannya.
      • Kewujudan kenderaan awam 'sapu' yang menyebabkan mereka yang berpermit tidak dapat mencari rezeki.
      • Stesen yang jauh dari kawasan perumahan.
      • Pemandu kenderaan awam yang tidak mesra.
      • Hak OKU bagi kenderaan awam dinafikan.
      • Kenderaan awam yang tidak diselenggara, (kotor, dan rosak)

      Cara Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam

      Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaika pengangkutan.

      • kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik
      • kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam  bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama
      • kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi
      • kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu
      • kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah
      • Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam 
      • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan  menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka
      • pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka
      • pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya
      • pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas
      • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam
      • media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
      • masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak
      • pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan

      Semoga maklmat ini dapat membantu anda untuk menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2016.

      Harga Minyak Ogos 2016 Petrol RON95 RON97 Diesel

      $
      0
      0
      Harga minyak bagi petrol RON95,RON97 dan diesel bermula Ogos 2016. Seperti yang diketahui, setiap awal bulan akan ada pertukaran harga bagi Diesel dan Petrol RO95/RON97.

      kami di sini sentiasa mengemaskini harga Petroal RON95/RON97 dan diesel di Malaysia pada setiap awal bulan iaiatu 1 haribulan.
      harga petrol diesel 2016 ogos

      Harga Petrol dan Diesel Ogos 2016

      Berikut adalah harga Petrol RON95/RON97 dan Diesel bagi ogos 2016.

      Julai.

      RON95 : (RM1.75 seliter)
      RON97 :  (RM2.10 seliter)
      DIESEL :  (RM1.60 seliter)
      EURO 5 Diesel : RM1.70 seliter


      kami akan mengemaskini harga ini pada 1 ogos 2016.



      Live Streaming Keputusan JDT VS Kelantan 26.7.2016

      $
      0
      0
      Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak Malaysia iaitu pertembungan Live  JDT VS Kelantan pada 26 Julai 2016. JDT yang berada pada tangga pertama keududkan Liga Super 2016 masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah.

      Adakah pasukan Johor Darul Takzim pada kali ini mampu mengekalkan rekod ini. Seperti yang diketahui, pasukan Kelantan juga bukanlah pasukan yang patut dipandang enteng.


      Perlawanan pada 26 Julai ini akan mempertemukan dua pasukan ini di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin.Sepak mula bermula pada pukul  9 malam Selasa.Ini juga memberi sedikit kelebihan kerana Kelantan bermain di padang sendiri.
      Live Streaming Keputusan JDT VS Kelantan 23.7.2016

      Live Streaming JDT VS Kelantan

      Siaran langsung boleh ditonton di saluran Media prima TV9 pada pukul 8.30 malam. Berikut adalah pautan untuk menonton perlawanan ini live streaming .

      Link: Server 1  jika tak dapat server 1, try Server 2

      Keputusan JDT VS Kelantan 8 April 2016

      Berikut adalah keputusan perlawanan penuh

      JDT (   )  -  (    )  Kelantan


      Senarai Penjaring Perlawanan JDT VS Kelantan

      ------

      Video Gol Perlawanan JDT VS Kelantan 8.4.2016

      ----


      Pengalaman Naik Uber Kota Kinabalu, Review

      $
      0
      0
      Beberapa hari lepas, pertama kali naik UBER. Berita Uber sudah tersedia di Kota Kinabalu ni rasa-rasanya mula dengan masa bulan Mei haritu. Terasa la jugak nak try Uber ni kan. Sebab seperti yang kita tahu, sebagai rakyat Sabah sendiri perkhidmatan teksi di Kota Kinabalu ni, boleh dikatakan masih tidak efisien dan harga yang mahal. Jadi, Uber ni merupakan alternatif bagi menaiki teksi . harga memang jauh murah.

      Okay, bercerita mengenai pengalaman naik Uber di Kota Kinabalu. Minggu lepas, naik bas dari kudat ke Kota Kinabalu. Plan nak berhenti di bustop 1Borneo. Akan tetapi, bas yang dinaiki tidak melalui jalan tu. Maka, saya ambil keputusan untuk turun terus di terminal bandaran Kota Kinabalu. Dan dalam masa sama, teringin cuba bagaimana perkhidmatan Uber di kota Kinabalu.

      Setelah, buka app Uber, dan cek pickup point and destination. Estimated fare yang dipaparkan adalah RM8-RM15. Masih consider murah berbanding dengan teksi.

      [daftar sebagai pemandu uber di Kota Kinabalu sini ]
      Maka, buka app uber dan cari pemandu. Dan aplikasi uber menunjukkan yang saya mendapat pemandu lelaki berkereta proton. Estimated time yang ditunjukkan adalah 6 minit untuk sampai ke destinasi saya.
      uber kota kinabalu

      Tunggu punya tunggu pemandu tak sampai-sampai. Akhirnya saya cancelkan, dan search yang lain pula.


      Kali ini dapat pemandu wanita pula berkerta proton perdana. Sejurus selepas aplikasi uber temukan dengan pemandu itu, tiba-tiba saya mendapat call dari nombor tidak dikenali. Tapi saya boleh agak yang ni mungkin dari pemandu uber tadi.

      'hello, uber di sini. Kita tunggu mana ya?"
      "oo, sini depan pintu gerbang padang"
      "ok, sekejap lagi sampai"

      Tunggu dalam 5 minit, akhirnya kereta sampai. Pemandu suruh naik. Pada ketika itu saya konfiusm nak duduk di depan ke atau di belakang. Akhirnya saya ambil keputusan duduk di belakang sahaja.

      Sepanjang perjalanan, seperti biasa berborak-borak mengenai uber. Kadang-kadang bercerita mengenai pekerjaan dan macam-macam lagi.

      Perjalanan 30 minit tidak terasa lama. akhirnya sampai. Saya memilih pembayaran melalui cash. Dan untuk perjalanan 12.50 kilometer, selama 33.27 minit sambil meredah jem, bayaran yang dikenakan adalah RM15.56.

      So far, pendapat saya mengenai uber di Kota Kinabalu, ianya sangat memudahkan. dan insyaAllah saya akan menaiki lagi uber jika pergi ke kota Kinabalu.

      Satu yang saya dapat lihat mengenai perkhidmatan Uber di kota Kinabalu ini adalah, lebih baik daftar awal-awal untuk menjadi pemandu. Menurut pemandu uber yang saya naiki tempoh hari, pendaftaran adalah amat mudah dan senang. Setiap bulan akan dapat duit biarpaun buat uber part time.

      Jika korang nak buat part time dan berada di Kota Kinabalu, ada baiknya anda buat Uber.
      Daftar senang je, daftar sini.

      Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia

      $
      0
      0
      Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2016 ini. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini adalah Sehati Sejiwa. #Sehatisejiwa. Tema ini telah diumumkan oleh Menteri Komunkasi dan Multimedia.

      Logo Merdeka 2016

      Manakala berikut merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2016. Logo menampilkan bentuk hati dan di dalamnya terdapat peta Malaysia.

      logo merdeka 2015


      Cara Mendaftar Akaun Simpanan Shariah KWSP 2016

      $
      0
      0
      Cara Mendaftar Akaun Simpanan Shariah KWSP 2016. Bermula 8 Ogos, kini satu perkhidmatan baru daripada KWSP (EPF)telah diperkenalkan iaitu simpanan shariah. Ini bermakna, para ahli kwsp boleh menukar akaun daripada simpanan konvensional kepada simpanan syariah.
       Ini juga merupakan satu inisiatif daripada KWSP untuk membolehkan ahlinya membuat pilihan akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.
      daftar akaun sharian kwsp

      Ciri-Ciri Simpanan Shariah KWSP



      • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
      • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
      • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
      • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

      Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

      • Pendaftaran mula dibuka pada 8 ogos 2016.
      • hadirkan diri ke pejabat KWSP berdekatan anda 
      • bawa bersama mykad kad pengenalan anda.
      • Turunkan cap ibu jari.
      Makluat lanjut dan soalan lazim, anda boleh lihat di portal KWSP ini.

      Permohonan Sekolah Kawalan SMKA KAA SABK KRK 2017

      $
      0
      0
      Permohonan kemasukan ke sekolah kawalan iaitu SMKA, KAA, SABK dan KRK bagi sesi 2017 dijangka akan dibuka pada September 2016.Permohonan adalah melalui atas talian iaitu online.

      Permohonan ini adalah khas untuk pelajar yang berada di tahun 6 2016 iaitu mereka yang mengambil UPSR.
      Permohonan Sekolah Kawalan SMKA KAA SABK KRK 2017

      Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA KAA SABK KRK

      Berikut adalah panduan untuk ibu bapa berkenaan jenis sekolah kawalan.
      • SMKA- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
      • KAA - Kelas Aliran Agama
      • SABK- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
      • SRK- Sekolah rancangan Khas.
      •  RKN - Sekolah Rancangan Khas Negeri
      • Kelas kawalan/ Kelas premier
      tarikh permohonan dibuka : Akan diumumkan (pada bulan september minggu pertama)
      Link permohonan : https://public.moe.gov.my/

      Berikut adalah soalan lazim sebelum anda membuat permohonan secara online: FAQ.

      Semoga ibu bapa dapat bersiapa sedia untuk membuat permohonan jika berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke dalam Sekolah Kawalan.



      Viewing all 203 articles
      Browse latest View live